Bus Express KKKL terlalu laju

Pemandu Bus express KKKL membawa bas terlalu laju . Semalam bus express KKKL bertolak 11.00 malam dari Sri Puteri,Skudai dan sampai di Kuala Lumpur pukul 1.30 pagi. Bas KKKL tersebut menyeberang lebih 350km dalam masa 2 1/2 jam.

Dengan kelajuan apakah yang pemandu tersebut membawa basnya ?. Bas bukanya terus bergerak , ia akan berhenti , memotong , dipotong , menekan brek kalau campur tolak semuanya ; Saya rasa sekurang-kurangnya 160 KM/J. Bukan KKKL sahaja , kebanyakan bas ekspress dipandu dengan terlalu laju dan berbahaya.

Katakanlah pemandu tertidur , tayar bus tersebut pecah , terlanggar dengan lori atau bas lain atau terjadinya sebarang kemalangan lain , apa akan terjadi kepada kami ? Mungkan tiada siapa dari kami yang boleh terselamat .

Kenapa tiada badan kerajaan yang mengambil sebarang tindakan untuk mengurangkan pemandu bas membawa laju . Sudah berapa kali orang awam mati berpuluh-puluhan hanya kerana kelajuan . Tiada syarikat bas atau pemandu bas yang menghiraukan undang-undang dan amaran kerajaan.

Kerajaan kena memilih suatu jalan yang tepat dan menubuhkan undang-undang yang ketat untuk membenteras aktiviti ini . Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan kena berkerja sama untuk mengurangkan kematian jalan raya.

Setiap kali ada berlakunya kemalangan ngeri dan meragut puluhan nyawa , kerajaan akan menubuhkan suatu undang-undang baru dan ia akan dilupakan dan tidak diguna pakai hanya dalam beberapa minggu . Contoh undang-undang mi segera yang pernah dikuat kuasakan mengikat kelajuan bas , memasang GPS dalam bas , pegawai JPJ dalam bas dan sebagainya .

Keselamatan jalan raya sangat penting bagi penguna kemudahan kenderaan awam. Hanya undang-undang yang ketat , hukuman penjara dan operasi besar – besaran yang tetap dapat mengurangkan kematian jalan raya.

Kerajaan Malaysia , JPJ , Trafik , Polis , Plus dan sesiapa yang bertanggung jawab . Tolonglah buat sesuatu jangan membunuh kami , Kami pun ada anak bini dan keluarga yang perlu ditanggung .

Jangan tunggu sehingga sebuah kemalangan ngeri berlaku lagi !!!

 

Gambar Hiasan – Ya Tuhan  yang Maha Esa , Janganlah Sebuah kemalangan seperti ini berlaku lagi . Kami berlindung kepadu Mu !

About Crown Chakra

I read , I saw , I know , I write

Posted on Mac 19, 2011, in Masalah Masyarakat. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: