Kesesakan Di Imigresen Setia Tropika

 

Sekurang-kurangnya 2000 orang pekerja asing dan majikan mereka menuggu di imigrsesen setia tropika , Johor Bahru untuk merakam cap jari mereka.

Perayaan Hari Bapa

Perayaan hari bapa bukan untuk orang Islam dan bukan untuk orang-orang asia. Perayaan sebegini hanya untuk orang-orang barat yang tidak mengenal bapanya dan bagi orang-orang barat yang sudah lupakan bapanya.

Orang-orang asia tolong jangan mengikut langkah barat yang hidup ibarat babi . Setiap orang islam harus mengingati dan menghormati ayah mereka seumpama nyawa mereka.

Hormatilah Ibu dan Ayah anda merekalah orang yang membawa kamu kedunia ini. Selepas Tuhan merekalah orang yang sepatutnya anda hormati dan turut perintah.

Ibu dan bapa bukan insan yang harus diingati dan dirayakan sekali setahun tetapi setiap hari sepanjang hayat kita.

Majalah Lucah Malaysia

image

Hampir setiap hari Harian Metro menyiarkan bahan lucah disurat khabarnya , itupun dimuka utama. Hampir setiap hari berita yang menghias muka utamanya mestilah berita maksiat , rogol , curang , bahan lucah atau sebuah gambar lucah .

Kenapa tiada badan kerajaan dan bukan kerajaan mengambil sebarang tindakan.

Hari ini 18/06/2011 metro menyiarkan berita tentang permainan berahi dimuka utama. Adakah berita ini penting  untuk negara , masyarakat , bangsa atau agama ?. Harian Metro menyiarkan berita begini hanya untuk tujuan perniagaan. Kerja ini tiada lain dari sebuah pelacuran.

Apa yang akan berlaku selepas ini . Remaja dan budak-budak akan cuba mendapatkan permainan ini. Permainan yang dimain oleh puluhan remaja akan dimain oleh ribuan remaja dan kanak-kanak.

Berita sebeginilah yang penyumbang utama kelakuan maksiat , rogol , buang bayi dan sebagainya dinegara ini.

Kenapa Menganggur !

Di Malaysia bukannya tak dapat cari rezeki , Kalau seseorang itu dalam keadaan susah atau miskin bererti dia tidak berusaha atau dia malas nak cari rezeki .

Kalaulah seseorang itu cacat atau uzur tak apa juga . Kalau badan sihat sempurna tetapi meminta pertolongan kerajaan dan orang awam itulah malas namanya.

Saya sekali ada menonton di TV3 , mereka menyiarkan kisah sebuah keluarga yang miskin. Tetapi tiada sebab untuk mereka hidup miskin kecuali malas dan tidak mencuba. Ibubapa mereka berumur dalam lingkungan 40an dan anak lelaki mereka berumur 16-19 . Takkan diMalaysia tiada perkerjaan untuk 3 orang ini ?.
Mengikut rancangan tersebut; bapanya tak berkerja , Anak pula membantu bapanya apalah cerita bodoh ini.

Orang-orang asing yang datang dari luar negara pun dapat kerja dan ada yang berniaga dan hidup mewah tetapi orang tempatan pula katakan susah . Tak logiklah ini … Malaysia digelar Swarna Bumi (bumi emas) kerana senang nak cari rezeki.

Jangan mengaggur buatlah kerja yang dapat dulu . Sambil berkerja boleh cari kerja yang lebih baik dan berpendapatan tinggi. Menganggur dan tunggu pekerjaan yang diingini bukan jalan yang betul. Itu dah malas nak kerja namanya.

Jangan harapkan kerajaan nak buat semua untuk anda . Jangan malas nak berkerja lepas itu salahkan kerajaan pula . Kalau anda hidup dalam kesusahan itu salah anda sendiri bukan orang lain.

Pemandu Bas dan Lori

Kepada pemandu – pemandu lori dan bas di Malaysia.

Anda jangan lupa bahawa anda ada sebuah keluarga , Ada tanggungan ada tanggung jawab , ada orang yang tersayang.

Jika sebarang yang tidak diingini berlaku kepada anda siapa nak jaga ibubapa anda ? Siapa nak jaga anak isteri anda ?

Jika anda meninggal dunia pihak bank akan tarik balik semua harta dan kenderaan anda yang masih berhutang , kalau rumah anda ditarik bank

Dimana anak bini anda nak tinggal ?
Tanpa sebarang pendapatan bagaimana keluarga anda nak makan ?
Bagaimana mereka nak teruskan kehidupa harian mereka?.
Ingatlah muka orang yang tersayang bagi anda sebelum memulakan perjalanan.

Bawalah kenderaan secara perlahan ,selamat dan berhemat.

Awas Jangan Tertipu

Saya selalu dapat email menipu sebegini !!
Anda pun mungkin terima juga kan ???

Pernah juga saya dapat surat dan SMS dari luar negara dan dalam negara yang mengatakan saya menang peraduan , nak transfer duit , nak bagi nombor dan sebagainya .

Pernahkah anda dapat email sebegini ?

Kena Loterilah
Menang Peraduanlah
Maybank updatelah
Public Bank updatelah
Nak Transfer Duitlah
Dan Macam-macam lagi ..

Sebenarnya bank tidak akan hantar email , sms , telepon untuk meminta maklumat anda !. Jika anda dapat panggilan dari bank mengatakan nak minta maklumat , no akaun , no kad , no pin , alamat , no telepon dan sebagainya , jangan layan mereka dan hubungi bank terus untuk dapatkan penjelasan.

Awas jangan tertipu , tiada siapa nak bagi wang secara percuma dan tanpa kerja !!!

Kenapalah Potong Dari Kiri !!

Ramai sangat pemandu yang tak sabar menunggu jika berlaku kesesakan jalan. Mereka suka sangat main potong dari kiri . Mereka main potong sahaja tanpa hiraukan keselamatan mereka sediri dan orang lain .

Hanya kerana cepat 10 minit anda untung apa ? . Kalau lambat 10 minit anda rugi apa ?.Ingat ! Biar lambat asalkan selamat.

Dah berapa kali berlaku kemalangan kerana ini , dah berapa ramai mati dan cacat , Kenapalah masih nak buat lagi ?

Orang lain pun nak pergi kedistinasi mereka , juga bukan tidur kat jalan raya !!!
 

 

Pakaian Anak Muda

Pakaian remaja hari ini macamlah melanda kebuluran .

Ramai remaja hari ini terikut jejak pelakon , penyanyi dan artis lain. Pelakon dan artis memakai pakaian seksi dan pelbagai jenis lagi untuk menarik pandangan penonton dan memikat mereka. Buat apa remaja memakai pakaian macam mereka ? Nak memikat siapa ? Apa gunanya kalau pakai seksi sekalipun.

Pada zaman dahulu hanya pelacur yang berpakaiyan pendek dan seksi supaya pelangan mereka dapat memezakan mereka dengan gadis-gadis lain , tetapi hari ini ramai sangat gadis yang memakai pakaian ketat , pendek dan seksi . Kenapa ?

Ibubapa sepatutnya mengawal anak-anak mereka dari mengikut jejak artis dan melarang mereka dari memakai pakaian seksi. Ada juga ibubapa yang memakaikan pakaian seksi kepada anak-anak mereka , saya tak tahu kenapa mereka buat begiti. Pandangan setiap orang berlainan ; sebagai ibubapa mungkin anda tak rasa apa-apa apabila anak perempuan anda berpakaian seksi tetapi orang di luar memandangnya dengan mata yang berbeza .

Semasa kecil jika anda ajar mereka berpakaian kurang sopan apabila dah besar nanti mereka akan berpakain tidak sopan seperti patak perkat

” Guru kencing berdiri , Murid kencing berlari “.

Jangan Membaiki Jalan Pada Siang Hari

Pergi kerja lambat kerana jam .
Pergi sekolah lambat kerana jam .
Balik rumah lambat kerana jam .

Kesesakan jalan menyebabkan ramai pengguna jalan raya membazirkan masa mereka disitu. Jika kesesakkan itu berpunca dari sebab-sebab penting seperti mengubasuai jalan atau membina jambatan tak apa ! Kalau kesesakan sepanjang 3 kilomiter kerana nak tampal lobang sebesar 1 kaki , itu dah keterlaluan .

Kalau nak tampal jalan buatlah pada waktu malam atau masa kurang kenderaan . Saya selalu nampak orang tampal jalan pada pagi atau petang . Pada masa itulah orang pergi dan balik dari kerja , kanak-kanak nak pergi dan balik dari. Sekolah ; tetapi mereka pulak sibuk nak tampal jalan .

Orang yang nak tampal jalan itu sepatutnya fikir dahulu masa yang sesuai dan masalah penguna jalan tersebut , mereka pula hanya fikir pasal diri sendiri langsung tak fikir masalah orang yang berkerja dan budak sekolah .

Lain kali kalau nak tampal jalan buatlah pada waktu malam . Pihak-pihak yang bertanggung jawab , sila pastikan orang awam tidak disusakkan hanya kerana nak tampal jalan yang berlobang .

Jangan Hisap Rokok Di Pam Minyak !!

Sudah berapa kali berlaku kebakaran dan letupan dipam minyak kerana sikap degil orang yang hisap rokok disitu . Tetapi sikap degil mereka tetap tak berubah.

Masih ada segelintir orang yang hisap rokok dipam minyak . Dua hari yang lepas saya lihat 2 orang penumpang bas duduk atas tong simpanan petrol dan mengisap rokok sementara tungga bas yang mereka naiki mengisi minyak. Takkan mereka tak tahu petrol mudah terbakar ? . Perbuatan bodoh itu langsung tidak dihiraukan oleh pemilik , pekerja pam minyak tersebut dan pemandu bas yang sedang mengisi minyak .

Katakanlah sesuatu yang tidak diingini sudah berlaku , siapa yang akan menyeksa ? . Pihak pam minyak dan kerajaan harus memandang serios dalam hal ini kerana nyawa orang lain terlibat dalam masalah ini. Takkan orang lain nak mengadaikan nyawa mereka hanya kereka perbutan bodoh mereka ini .